PASCA Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 masih meletakkan situasi politik negara riuh rendah.
Biarpun kerajaan dibentuk dengan majoriti yang besar dengan 148 kerusi majoriti di Dewan Rakyat, namun bibit sengketa antara pemimpin politik masih dilihat berterusan.
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Hari demi hari, cerita dan isu-isu politik terus dimainkan serta memenuhi segenap ruang media massa baik akhbar, televisyen dan portal-portal berita. Ini belum ditambah dengan ruang media sosial yang menjadikan naratif dan provokasi politik terus bersebaran tanpa henti.
Kemelut politik yang berterusan khususnya pasca PRU ke-14 lalu, meletakkan negara dalam situasi yang cukup mencabar. Ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19 yang maha dahsyat, di samping kestabilan politik yang begitu goyah ketika itu, tekanan ini paling berat dirasai rakyat.
Rakyat terbeban dengan begitu banyak masalah termasuk kenaikan inflasi yang mendadak ketika itu, harga barang meningkat naik, pengangguran terus membimbangkan, pertumbuhan ekonomi perlahan serta kemasukan pelaburan yang rendah.
Kesan kepada keadaan ini dirasai segenap rakyat, tidak kira yang tua mahupun muda.
Kerajaan yang memimpin pula silih berganti. Perdana Menteri bertukar tangan dan sentiasa ditekan dari dalam dan luar untuk membubarkan Parlimen.
Situasi itu sekali gus menyebabkan fokus mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak dapat dijayakan dengan sebaiknya.
Biarpun diakui kerajaan ketika itu juga berusaha untuk memastikan pandemik COVID-19 ditangani sebaik mungkin dan isu kestabilan politik cuba untuk diredakan, namun hasil dan tindak balas dari segala usaha terdahulu masih belum dapat menyelesaikan banyak masalah pokok yang dihadapi rakyat hinggalah hari ini.
Masalah itu termasuklah isu paling asas iaitu kenaikan harga barang, peningkatan kadar pendapatan rakyat yang rendah dan tidak seiring kenaikan harga serta perkhidmatan yang terus melonjak. Selain itu, peluang kerjaya kepada anak muda khususnya graduan terus mencabar. Masalah yang diwarisi dari pemerintahan era pandemik lalu masih berlarutan sehingga saat ini.
Pegang amanah
Maka, Kerajaan Perpaduan yang diberi mandat menerajui negara pasca PRU ke-15 memegang amanah dan tanggungjawab cukup berat untuk menanggung serta menyelesaikan segala masalah terdahulu. Segala beban lalu harus dipikul bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan kepimpinan Jemaah Menterinya.
Selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan yang memiliki majoriti 148 kerusi Dewan Rakyat (kini 147 kerusi berikutan kematian Ahli Parlimen Pulai), gagasan Membangun Malaysia Madani diilhamkan Perdana Menteri pada Januari lalu, yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara.
Konsep Malaysia Madani pertama kali diterbitkan ke dalam sebuah buku dan dilancarkan pada 2 Oktober 2022 di Hotel Dorsett Grand di Subang, sebulan sebelum PRU ke-15. Selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, konsep Malaysia Madani diangkat sebagai dasar negara.
Malaysia Madani adalah langkah agresif Anwar bertujuan memperkukuh lapan teras keperluan yang mencakupi ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar serta luar bandar.
Ikhtiar ini secara tidak langsung akan merangka penyelesaian terhadap segala masalah yang disebutkan jika ia dapat dijayakan tanpa sebarang ganggu gugat politik.
Selesai kerangsa dasar asas itu, Kerajaan Perpaduan kemudiannya membentangkan dokumen Belanjawan 2023 yang merangkumi peruntukan tertinggi dalam sejarah negara, bernilai RM386.14 bilion oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari 2023, sebelum diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Mac 2023.
Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia Madani', membabitkan peruntukan pembangunan tertinggi, bernilai RM99 bilion yang merangkumi suku daripada keseluruhan bajet.
Empat inisiatif tambahan juga diumum dalam Bajet 2023 membabitkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Penyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan antara bentuk bantuan baharu yang disediakan, selain pelanjutan pelepasan cukai pendapatan individu, sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) hingga 2024.
Kerajaan juga memperluaskan sasaran Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) terhadap golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap, bagi memiliki kediaman pertama yang memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40, di samping memberi keutamaan kepada pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal khususnya bidang kesihatan serta pendidikan dan hal ini dijangka membabitkan perbelanjaan tambahan hingga RM800 juta tahun ini.
Kemudian pada 27 Julai lalu, kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat dilancarkan oleh Perdana Menteri. Ia menggariskan dua bidang fokus utama, iaitu untuk menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.
Rangka kerja itu juga akan menjadi asas kepada beberapa dasar khusus lain yang akan diumumkan kemudian, termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional yang dilancarkan pada bulan ini, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Dalam tempoh sembilan bulan pertama ini, Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Anwar sudah menyediakan kerangka asas kepada hala tuju pentadbirannya, yang menitip jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang membelenggu negara dan rakyat seperti disebutkan.
Untuk menjayakan segala kerangka dan pelan hala tuju yang sudah pun diumum, tentunya jaminan kepada kestabilan politik negara adalah kunci kejayaannya. Jika jaminan kestabilan politik ini dapat dipertahan bagi tempoh sepenggal ini, maka mudah bagi kerajaan yang memimpin negara mempersiap kudrat, berusaha sepenuh tekad untuk melaksana segala inisiatif yang dirancang bagi mendepani masalah yang ada.
Kerangka ekonomi dan dasar ini sudah pun siap tersedia, langkah pelaksana sedang disusun kepimpinan kerajaan serta penjawat awam untuk memastikan akhirnya rakyat meraih dan merasai manfaatnya.
Sembilan bulan pertama bukan tempoh yang cukup bagi mana-mana kerajaan untuk menyerlahkan kebolehan mereka dalam memimpin negara. Ia mustahil bagi mana-mana Perdana Menteri pun untuk mengecapi kejayaan dalam tempoh sesingkat itu.
Justeru, sebarang usaha untuk menggugat kestabilan politik negara pada waktu ini boleh mencetuskan suasana merunsing dalam negara. Komitmen yang sudah direncana kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat akan dianggap sebagai sia-sia jika sekali lagi negara terjerumus ke kancah ganggu gugat politik yang tak sudah-sudah.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 31 2023
Malaysia Madani adalah langkah agresif Anwar bertujuan memperkukuh lapan teras keperluan yang mencakupi ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar serta luar bandar. - Gambar fail/BERNAMA
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.